42 mangsa banjir di 1 PPS P Pinang

42 mangsa banjir di 1 PPS P Pinang

Beberapa kawasan di Seberang Perai Tengah dan Utara dilanda banjir kilat selepas hujan lebat lebih tiga jam awal pagi tadi.

banjir floods pps
Jurucakap APM berkata, 42 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Permatang Pasir, Bukit Mertajam yang dibuka 7 pagi tadi. (Gambar AP)
BUKIT MERTAJAM:
Beberapa kawasan di Seberang Perai Tengah dan Utara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih tiga jam awal pagi tadi.

Antara lokasi dinaiki air ialah Taman Guar Perahu, Kampung Pelet, Penanti, Jalan Permatang Nibong, Permatang Pasir dan Kubang Semang.

Kampung Telok dekat Kawasan Perindustrian Sungai Lokan dan Taman Desa Murni dekat Sungai Dua, Merbau Kudung, Pajak Song serta sekitar Butterworth turut terjejas.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Permatang Pasir, di sini, 7 pagi tadi yang menempatkan 42 mangsa daripada 13 keluarga.

APM menerima maklumat awal berlaku banjir kilat dan beberapa kawasan di Kubang Semang dinaiki air pada 2 pagi selepas hujan lebat kira-kira 1 pagi tadi.

“Tindakan awal dibuat dengan memindahkan mangsa ke Masjid Kubang Semang, sebelum mereka dipindahkan ke PPS sebaik ia dibuka 7 pagi ini,” katanya dalam kenyataan.

Hujan berhenti 3 pagi tadi dan air mula surut serta tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.