
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia membabitkan kandungan atau iklan dalam talian yang menawarkan pakej palsu, sekali gus memperdaya umat Islam yang mahu menunaikan ibadah itu.
Katanya, arahan juga telah diberikan kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman untuk memantau rapat kes membabitkan penipuan.
“Pada masa sama, saya seru supaya mereka yang berhasrat menunaikan haji dan umrah untuk membuat semakan, dalam konteks umrah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), ada sistem yang menyenaraikan ejen bertauliah.
“Dalam konteks haji pula, kita ada 37 penyelia jemaah haji yang diberi tauliah dan lesen oleh Tabung Haji, oleh itu orang ramai perlu buat semakan supaya tidak tertipu,” katanya selepas Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Peringkat Selangor 1446H hari ini.
Mengulas mengenai jemaah haji Selangor 1446H, Mohd Nai’m berkata, daripada 8,338 jemaah, daerah Hulu Langat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,771 orang, diikuti Petaling (2,593) dan Gombak (645).
Selain itu, 540 jemaah haji dari Klang (640); Sepang (452); Kuala Selangor (371); Kuala Langat (330); Hulu Selangor (309); dan Sabak Bernam (227).