Banjir di Port Dickson, 1 PPS dibuka

Banjir di Port Dickson, 1 PPS dibuka

Ia menempatkan 32 mangsa daripada sembilan keluarga selepas kediaman masing-masing dinaiki air akibat hujan lebat malam tadi.

Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Balai Raya Kampung Permatang Pasir, Port Dickson susulan banjir yang melanda. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Kampung Permatang Pasir, Port Dickson di sini yang menempatkan 32 mangsa daripada sembilan keluarga, pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Mohd Nazri Mes Kam, berkata PPS berkenaan yang dibuka pada 8.30 pagi tadi menempatkan mangsa dari Taman Linggi Idaman, Darul Widad dan Kampung Permatang Pasir.

“Ia berikutan hujan lebat sejak malam tadi, lokasi itu memang kawasan rendah dan berdekatan sungai, jadi memang akan cepat dinaiki air, ketika ini hujan renyai dan banjir masih belum surut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tiada kemusnahan harta benda yang teruk dilaporkan akibat banjir itu dan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.