Asean harus cepat meterai FTA dengan EU, kata Anwar

Asean harus cepat meterai FTA dengan EU, kata Anwar

Perjanjian perdagangan bebas antara Asean dan EU sudah dibincangkan sejak 2007.

anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama peserta dalam satu forum berkait GLC yang diadakan di Subang Jaya petang tadi. (Gambar Bernama)
SUBANG JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Kesatuan Eropah (EU) kini berhasrat mempercepat rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Asean susulan pengumuman tarif besar-besaran oleh Amerika Syarikat awal bulan ini.

Beliau berkata, pada mulanya EU agak ragu-ragu untuk menandatangani perjanjian dengan Asean, namun kini telah meminta Asean mempercepatkan proses rundingan tersebut.

“Jadi kita harus laju,” kata Anwar.

Rundingan perjanjian perdagangan bebas antara EU dan Asean dibincangkan sejak 2007, namun dihentikan pada 2009 untuk memberi laluan kepada rundingan dua hala. Hasilnya, EU menandatangani FTA dengan Singapura dan Vietnam, serta menjalankan rundingan dengan beberapa negara Asean lain termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

EU kini merupakan rakan dagang ketiga terbesar Asean selepas AS dan China, dengan jumlah dagangan barangan bernilai sekitar €252 bilion (RM1.2 trilion) pada 2023, dan perkhidmatan sebanyak €126 bilion (RM633 bilion) pada 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.