
Beliau berkata, siasatan polis menjurus kepada kecuaian dan khianat itu masih dijalankan.
“(Kerja mengorek tanah) dah mula dan hampir selesai, kita dah jumpa paip yang meletup. Kajian forensik sedang dilakukan oleh forensik polis, JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) dan bomba.
“Jadi, kita tunggu seminggu lagi, kita akan keluarkan laporan awal penemuan daripada tempat kejadian,” katanya selepas perasmian Balai Polis Bandar Country Homes, di sini.
Kebakaran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada hari raya kedua 1 April lalu mengambil hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Seramai 111 cedera, kebanyakannya melecur dan mengalami masalah pernafasan.
Sebanyak 399 kenderaan rosak, manakala 235 rumah terjejas, 87 musnah sepenuhnya dan 148 lagi rosak.
Ia juga menyebabkan kawah sedalam 10m terbentuk, selain merosakkan rumah serta harta benda dalam radius 500m dari lokasi kebakaran.