
Mangsa menyedari ditipu selepas aplikasi yang digunakan untuk mengeluarkan hasil pelaburan tidak dapat diakses sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata pihaknya menerima laporan mangsa berusia awal 50an yang bekerja sebagai penolong pengurus sumber manusia, pagi semalam.
“Mangsa mendakwa pada 29 Disember 2024, dia berurusan dengan individu yang menawarkan skim pelaburan dalam talian kononnya berpangkalan di Taiwan.
“Wanita itu berminat melabur kerana dijanjikan keuntungan lumayan dan diminta muat turun aplikasi ‘TS PRO’ ke telefon bimbit,” katanya, menurut Berita Harian.
Beliau berkata, mangsa kemudian dikatakan memindahkan wang berjumlah RM207,110 ke tujuh akaun untuk pelaburan.
“Mangsa juga mendakwa menyerahkan wang tunai berjumlah RM372,000 di Nilai kepada pihak yang mengaku sebagai wakil syarikat,” katanya.