Pengerusi PKR Kelantan, Terengganu kekal ketua bahagian

Pengerusi PKR Kelantan, Terengganu kekal ketua bahagian

Pengerusi PKR Kelantan Suparadi Noor pertahan ketua Tanah Merah, manakala Pengerusi PKR Terengganu, Ahmad Nazri Yusof kekal di Kemaman.

Suparadi Noor and Ahmad Nazri Yusof
Suparadi Noor dan Ahmad Nazri Yusof berjaya mempertahankan jawatan ketua bahagian masing-masing dalam pemilihan PKR di Kelantan dan Terengganu.
PETALING JAYA:
Pengerusi PKR Kelantan dan Terengganu masing-masing berjaya mengekalkan kedudukan sebagai ketua bahagian dalam pemilihan hari ini.

Pengerusi PKR Kelantan, Suparadi Noor, mempertahankan jawatannya sebagai ketua bahagian Tanah Merah selepas memperoleh 1,108 undi, menewaskan pencabarnya Hanuzi Zaharim yang meraih 351 undi.

Pengerusi PKR Terengganu, Ahmad Nazri Yusof, mengekalkan jawatan ketua bahagian Kemaman selepas mendapat 383 undi, menewaskan tiga pencabar iaitu Amir Hamzah Ghazali (370 undi), Hasuni Sudin (244 undi), dan Saikri Ngah@Choh (92 undi).

Lebih 30,000 ahli PKR di Kelantan dan Terengganu menunaikan tanggungjawab mengundi dalam proses pemilihan yang diadakan secara hibrid – fizikal dan dalam talian – bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pemilihan bahagian PKR di Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah dijadual berlangsung esok, manakala negeri-negeri lain seperti Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Sarawak mengadakan pemilihan pada 11 hingga 13 April lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.