
Beliau turut meraikan anak yatim dari Rumah Amal Asnaf Al-Barakh dan Pertubuhan Kebajikan Raudhatul Al-Faeez.
YKM dalam kenyataan berkata majlis di Menara Aras Raya, Kuala Lumpur itu turut dihadiri pemimpin politik negara, wakil Kementerian, syarikat korporat dan duta asing.
Antara yang hadir Presiden MCA Wee Ka Siong, Presiden MIC SA Vigneswaran dan timbalannya M Saravanan serta Duta Besar Singapura di Malaysia, Vanu Gopala Menon
YKM ditubuhkan pada 23 Okt 2021 untuk menjadi ‘pelindung’ kepada anak yatim akibat Covid-19 terutama daripada keluarga berpendapatan rendah.
Kini ia diperluaskan pula kepada kanak-kanak kematian ibu bapa serentak akibat kemalangan jalan raya dan bencana alam.