Budak 3 tahun ditemui lemas di kolam renang inap desa

Budak 3 tahun ditemui lemas di kolam renang inap desa

Polis berkata bapa mangsa membawa tiga anak, termasuk mangsa ke inap desa itu untuk bertemu kenalan dari Kuala Lumpur.

Children drown lemas swimming pool
Polis berkata kanak-kanak itu ditemui terapung di kolam renang dalam keadaan tidak sedarkan diri. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun ditemui lemas dalam kolam renang sebuah inap desa di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Barat Daya, Sazalee Adam, berkata bapa mangsa berusia 46 tahun membawa tiga anak, termasuk mangsa ke inap desa itu untuk bertemu kenalan dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, ibu mangsa tidak ikut sama kerana sedang bekerja sebagai operator kilang.

“Kira-kira 10.15 malam, rakannya menyedari kanak-kanak terbabit tiada dalam bilik, sebelum mereka bergegas mencari mangsa,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, anak bongsu itu ditemui terapung di kolam renang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas dibawa ke Hospital Balik Pulau.

Menurut laporan bedah siasat, mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.