
Peguam Rafique Rashid Ali, berkata pegawai SPRM menyerbu kediaman Ali di Tangga Batu, semalam.
“Beliau dibawa ke pejabat SPRM (di Melaka) bersama isteri dan anak sekitar 9.30 malam semalam (untuk dirakam keterangan),” katanya kepada FMT.
“Isteri dan anaknya dibebaskan kemudian.”
Ali pernah berkhidmat timbalan speaker Dewan Negara, bermula Disember 2020 hingga Mei 2023.

Sebelum menyertai Bersatu tahun lalu, beliau merupakan ketua Umno Tangga Batu.
Beliau mewakili Barisan Nasional bertanding di kerusi Sungai Udang pada PRN Melaka 2021, namun tumpas kepada calon Perikatan Nasional, Aleef Yusof dengan majoriti tipis, 530 undi.
FMT sedang mendapatkan ulasan lanjut SPRM.