Kes buli MRSM: Kertas siasatan dirujuk TPR

Kes buli MRSM: Kertas siasatan dirujuk TPR

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad berkata kertas siasatan itu diserahkan di pejabat TPR pada 10 April lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad berkata polis telah merujuk kertas siasatan kes buli tular membabitkan sekumpulan pelajar MRSM kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
PETALING JAYA:
Kertas siasatan kes buli membabitkan sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dekat Nibong Tebal yang tular di media sosial telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya (TPR) untuk tindakan lanjut, kata Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad.

Beliau berkata kertas siasatan itu diserahkan di pejabat TPR pada 10 April lalu.

Hamzah Ahmad.

“Pada masa ini, kita sudah lengkapkan siasatan (berhubung kes buli ini) dan ia sudah dimajukan (rujuk) kepada TPR untuk tindakan selanjutnya.

“Selain pelajar (terbabit), terdapat beberapa saksi, antaranya kakitangan sekolah berkenaan turut dirakamkan keterangan (bagi melengkapkan siasatan).

“Apabila sebut soal siasatan, ia merangkumi semua aspek namun kita tidak boleh memperincikannya kerana ia berkenaan siasatan, namun apa yang kita boleh katakan kita sudah lengkapkan siasatan ini termasuk (menyerahkan) laporan perubatan mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi, menurut Harian Metro.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, berdasarkan siasatan, kejadian itu kali pertama dilaporkan berlaku di institusi terbabit.

“Sekali itu sahaja (sekumpulan pelajar itu) buat (buli) dan itu pun berlaku (disebabkan mereka) hanya nak bergurau,” katanya.

Isnin minggu lalu, tular rakaman video berdurasi satu minit dan 31 saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki berusia 15 tahun menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil.

Dia turut dilihat disebat dengan tali pinggang pada bahagian punggung, namun tidak dapat dipastikan ia adalah suatu gurauan atau perbuatan buli.

Berdasarkan siasatan polis, insiden itu berlaku pada pertengahan tahun lalu dan ia disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.