Jenazah Pak Lah dikebumi di Makam Pahlawan esok

Jenazah Pak Lah dikebumi di Makam Pahlawan esok

Orang ramai boleh memberi penghormatan negara kepada Abdullah Ahmad Badawi bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Jenazah Abdullah Ahmad Badawi dibawa keluar dari pekarangan IJN untuk dihantar pulang ke rumahnya.
PETALING JAYA:
Jenazah perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, akan dikebumikan di Makam Pahlawan esok.

Menurut Khairy Jamaluddin, yang juga menantu Abdullah, keluarganya berterima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang membenarkan pengebumian di Makam Pahlawan.

“Kita harap sesiapa yang ingin memberikan penghormatan negara kepada Pak Lah boleh datang ke Masjid Negara esok bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.

“Selepas zuhur akan diadakan solat jenazah bagi Pak Lah, selepas itu akan dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara,” katanya pada sidang media di Institut Jantung Negara (IJN).

Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah menghembuskan nafas terakhir di IJN pada 7.10 malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.