
Dua hari sebelum penamaan calon, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata 33 projek projek melibatkan dana RM6.13 juta dilaksanakan di Tapah tahun ini.
“Ia sebelum penamaan calon, kalau selepas itu kita kena beri amaran, tidak boleh (umum pelaksanaan projek),” kata Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di Putrajaya.
Sebelum ini, calon PRK Ayer Kuning daripada PSM, Bawani KS mengkritik pengumuman Nga kerana dibuat begitu hampir dengan pilihan raya.
Beliau turut mendakwa pengumuman ‘satu kesalahan dan rasuah kepada rakyat’.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tapah M Saravanan menyifatkan pengumuman disebut Nga sebagai ‘terlewat’,
Beliau turut menyeru peruntukan pembangunan perlu diumum lebih awal bagi elak tanggapan rakyat kawasan mereka seperti ‘dianaktirikan’, terutama kawasan diwakili kerajaan perpaduan.