Adun Hulu Kinta tewas pertandingan ketua PKR Tambun

Adun Hulu Kinta tewas pertandingan ketua PKR Tambun

Pertandingan di PKR Tambun tarik perhatian susulan tular video seorang individu mendakwa Muhamad Arafat Varisai Mahamad menunjukkan pistol yang kemudian dinafikan wakil rakyat itu.

Muhammad Arafat Varisai Mahamad tewas di Tambun manakala Chang Lih Kang serta Muhammad Kamil Abdul Munim menang di Tanjong Malim serta Padang Rengas.
PETALING JAYA:
Adun Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad gagal mempertahankan jawatan ketua PKR Tambun pada pemilihan berlangsung, semalam.

Menerusi keputusan diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Arafat memperoleh 1,233 undi manakala pemenang Shamsul Kamar Ani mendapat 1,458.

Pemilihan PKR Tambun mendapat perhatian susulan penularan sebuah video berdurasi 1 minit dan 5 saat menunjukkan seorang individu memperkenalkan diri sebagai Kalai mendakwa Arafat menunjukkan pistol kepada ahli sedang merayu undi.

Individu terbabit yang disebut sebagai calon timbalan ketua PKR Tambun turut memaklumkan bahawa mereka mempunyai bukti kerana disaksikan oleh ramai orang.

Arafat bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatannya sebagai fitnah.

Pemilihan di Perak turut menyaksikan Naib Presiden Chang Lih Kang menang tanpa bertanding jawatan ketua PKR Tanjong Malim.

Turut menang tanpa bertanding Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing di Gopeng.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Muhammad Kamil Abdul Munim pula menang ketua PKR Padang Rengas dalam pertandingan satu lawan satu dengan Lukman Yahaya.

Setiausaha politik kepada menteri kewangan Anwar Ibrahim itu memperoleh 532 undi, jauh meninggalkan Lukman yang mendapat 85 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.