
Ahli Parlimen Petaling Jaya itu mendakwa beliau menerima banyak panggilan dan mesej mempersoalkan ketelusan keputusan serta proses pemilihan.
“Selepas berbincang bersama pasukan, saya telah membuat keputusan mengemukakan rayuan rasmi kepada JPP.
“Kami yakin PKR sebagai sebuah parti reformasi mempunyai sistem yang adil dan melalui proses ini, kami berharap segala keraguan dapat diperjelaskan demi memastikan hak semua ahli parti dijaga dengan adil dan saksama,” katanya dalam kenyataan.
Pada pemilihan itu, Lee tewas kepada penyandang ketua PKR Petaling Jaya Hee Loy Sian.
Hee yang juga bekas exco Selangor memperoleh 2,900 undi manakala Lee mendapat 2,684.
Calon-calon boleh mengemukakan bantahan keputusan pengundian bagi bahagian berlangsung 11 hingg 13 April lalu kepada JPP sehingga 5 petang, Rabu ini.
Mereka perlu mengemukakan bukti sokongan melalui e-mel [email protected], dengan setiap bantahan dikenakan yuran RM100.
Adun Rawang Chua Wei Kiat yang tewas dalam pertandingan merebut ketua PKR Selayang juga mengemukakan surat rayuan kepada JPP dan pimpinan parti bagi memohon penjelasan berhubung pelbagai persoalan timbul.
Pada pertandingan tiga penjuru itu, Chua menerima 1,648 undi tewas kepada Kamarudin Hussain yang mendapat 2,041 manakala seorang lagi calon Wan Ibnu Bahar Wan Ismail memperoleh 28 undi.