
Bagaimanapun, setiausaha politik beliau, Rahim Ahmad Kasdi tewas tipis dalam perebutan jawatan timbalan ketua PKR Gombak dengan perbezaan 36 undi.
Rahim memperoleh 1141 undi manakala pemenang Mohammad Faizal Ismail mendapat 1,177 undi.
Timbalan Presiden Rafizi Ramli turut mempertahakan jawatan ketua PKR Pandan selepas menewaskan pencabarnya Shahrom Musa.
Menteri ekonomi itu memperoleh 883 undi manakala Sharom mendapat 444 undi.
Sementara di Ampang, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet menang dalam pertembungan tiga penjuru menewaskan Adun Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamaruddin yang juga timbalan speaker DUN Selangor dan Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
Altimet memperoleh 1926 undi manakala Kamri (1,637) dan Azrul (236).
Keputusan itu diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti di laman web rasmi PKR.
Tiga penyandang tewas
Tiga penyandang ketua tewas iaitu Abdullah Sani Abdul Hamid di Kapar, S Thiban di Kuala Selangor dan Rodziah Ismail.
Abdullah Sani yang juga bekas Ahli Parlimen Kapar gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian apabila tewas dalam pertembungan empat penjuru.
Beliau hanya memperoleh 618 undi berbanding pemenang Azizi Ayob yang mendapat 1,580 undi. Calon lain, M Mathuraiveeran (477) dan Muhammad Huzaini Muhammad Rasid (331).
Rodziah pula tewas kepada Exco Selangor Najwan Halimi yang juga Adun Kota Anggerik.
Ahli Parlimen Shah Alam itu memperoleh 899 undi manakala Najwan 1,213 manakala seorang lagi calon Noryzal Zainal Abidin mendapat 513 undi.
Di Kota Raja, Adun Sentosa G Gunarajah menang saingan ketua PKR dengan 4,643 undi menewaskan M Mahendran 1,615 undi.
Sementara bekas Adun Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni tewas dalam perebutan timbalan ketua bahagian dalam saingan tiga penjuru.
Zawawi hanya mendapat 1,653 undi berbanding pemenang Ahmad Danish Hairudin 4,291 undi. Calon lain, Syaril Showkat Ali (300).
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung yang mencabar jawatan ketua PKR Petaling Jaya tewas kepada penyandang Hee Loy Sian.