
BUTTERWORTH: Bekas Adun Seberang Jaya, Dr Radin Muhamad Amin Radin Hadi Munir meninggal dunia akibat kanser di Hospital Bukit Mertajam, pada 6.55 pagi tadi.

Berita pemergian Radin, 71, disahkan menantunya Danial Sulaiman, 38, dan memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah di Taman Sutera Prima, Seberang Jaya.
“Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Al Muhajirin Bandar, Seberang Jaya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Muhajirin, Bandar Seberang Jaya selepas solat zuhur,” katanya ketika dihubungi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lapan anak dan 18 cucu.
Radin berkhidmat sebagai Adun Seberang Jaya selama satu penggal dari 1999 hingga 2004 mewakili Barisan Nasional.