Adam Adli tewas jawatan timbalan ketua PKR Hang Tuah Jaya

Adam Adli tewas jawatan timbalan ketua PKR Hang Tuah Jaya

Timbalan menteri belia dan sukan itu mendapat 791 undi berbanding lawannya Zamzizul Nordin yang memperoleh 1,905 undi.

Adam Adli dan Shamsul Iskandar Akin mengalami nasib berbeza pada pemilihan di PKR Hang Tuah Jaya, semalam.
PETALING JAYA:
Ketua Pemuda PKR Adam Adli tewas jawatan timbalan ketua PKR Hang Tuah pada pemilihan parti, semalam.

Timbalan menteri belia dan sukan itu mendapat 791 undi berbanding lawannya Zamzizul Nordin yang memperoleh 1,905 undi.

Sementara itu, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin memenangi jawatan ketua Hang Tuah Jaya dengan 1,995 undi menewaskan penyandang Mohd Rafee Ibrahim yang mendapat 736 undi.

Keputusan itu diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti di laman web rasmi PKR hari ini.

Sementara itu, Adam berkata beliau berterima kasih kepada Rafee yang memilih muka baharu sepertinya di Hang Tuah Jaya sebagai gandingan dalam pemilihan.

“Terima kasih kepada semua anggota akar yang yang telah memberikan sokongan kuat buat kami.

“Tahniah kepada Shamsul dan pasukannya yang telah mengungguli pemilihan cabang Hang Tuah Jaya kali ini,” katanya.

Adam juga adalah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya mengganikan Shamsul yang bertanding di Bagan Datuk pada PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.