29 mangsa banjir di 1 PPS Port Dickson

29 mangsa banjir di 1 PPS Port Dickson

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan Mohd Nazri Mes Kam berkata hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah dan sembilan keluarga terpaksa dipindahkan.

Balai Raya Kampung Permatang Pasir di Port Dickson dibuka 2.30 pagi tadi bagi menempatkan 29 mangsa banjir. (Gambar APM Negeri Sembilan)
PETALING JAYA:
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Kampung Permatang Pasir di Port Dickson bagi menempatkan 29 mangsa akibat banjir kilat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Mohd Nazri Mes Kam, berkata hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah dan sembilan keluarga terpaksa dipindahkan.

“Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Kampung Permatang Pasir pada 2.30 pagi tadi bagi menempatkan mereka yang terjejas,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, pemantauan akan diteruskan kerana hujan masih berterusan setakat 8 pagi tadi, tetapi keadaan terkawal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.