WhatsApp alami gangguan di seluruh dunia

WhatsApp alami gangguan di seluruh dunia

Menurut laman penjejak gangguan Downdetector, seramai 81% pengguna melaporkan masalah menghantar mesej.

whatsapp
Pada Oktober 2021, WhatsApp pernah mengalami gangguan selama enam jam. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Aplikasi mesej popular, WhatsApp dilaporkan mengalami gangguan perkhidmatan melibatkan jutaan pengguna di seluruh dunia.

Menurut laman penjejak gangguan Downdetector, seramai 81% pengguna melaporkan masalah menghantar mesej, manakala 16% mengalami isu berkaitan keseluruhan aplikasi, lapor IndiaTV News.

Susulan gangguan itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati di platform media sosial X.

Pada Oktober 2021, aplikasi milik Meta itu pernah mengalami gangguan selama enam jam.

Meta turut memiliki platform media sosial Facebook dan Instagram.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.