Polis tahan lelaki cabul, cuba rogol wanita berjoging

Polis tahan lelaki cabul, cuba rogol wanita berjoging

Suspek dilaporkan memeluk wanita itu dari belakang dan cuba menarik mangsa ke kawasan semak.

Dzulkhairi Muktar
Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar berkata suspek berusia 27 tahun itu direman selama empat hari hingga 14 April ini bagi siasatan lanjut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mencabul dan cuba merogol seorang wanita yang sedang berjoging seorang diri di Taman Bandaraya Bukit Serindit di Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Banda Hilir kira-kira 12.05 pagi, dua jam selepas mangsa membuat laporan, lapor Utusan Malaysia.

“Suspek didapati datang dari arah belakang sebelum memeluk mangsa yang berusia 20 tahun, menekup mulutnya dan mencabulnya.

“Suspek turut cuba menarik mangsa ke arah kawasan semak, namun wanita itu berjaya melawan dan menjerit meminta pertolongan,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Katanya, susulan maklumat yang diberikan mangsa, polis menjalankan gerakan mengesan suspek sebelum berjaya menahannya tidak jauh dari lokasi kejadian.

Dzulkhairi berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah dan kini direman selama empat hari hingga 14 April ini bagi siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.