
Beliau dipetik Berita Harian sebagai berkata, lelaki itu membayar RM4 juta, tambahan kepada kompaun RM8 juta dikenakan terhadapnya.
Selain kes elak cukai, ahli perniagaan itu turut disiasat atas kes lain yang didakwa berkaitan pengubahan wang haram, rasuah dan penyeludupan barangan haram pada 24 Julai 2023.
Pihak berkuasa merampas wang tunai kira-kira RM38 juta, 200kg emas kira-kira RM60 juta dan 17 kereta mewah termasuk Maserati, Ferrari serta Mercedes-Benz.
Pada 27 Julai, ‘Datuk’ itu dibebaskan dengan ikat jamin, berdasarkan laporan memetik sumber rapat dengan SPRM.
Azam berkata, ahli perniagaan itu tidak disiasat bawah kes lain, selain pengelakan cukai.
Semalam, New Straits Times melaporkan kes ini antara tiga siasatan SPRM disifatkan “kes panas yang menjadi sejuk” kerana tiada perkembangan terkini.
Terdahulu, Azam berkata, SPRM sentiasa terbuka menjawab soalan berkaitan perkembangan terbaharu kes dan tidak mudah menggugur atau mengklasifikasikan kes sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).