Jabatan Kesihatan Pahang siasat dakwaan doktor tak senonoh

Jabatan Kesihatan Pahang siasat dakwaan doktor tak senonoh

Jawatankuasa siasatan ditubuhkan susulan tiga aduan diterima pada Rabu dan semalam berhubung individu tersebut.

doctor
Tiga aduan diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam berhubung pegawai perubatan berkelakuan tidak senonoh. (Gambar Reuters)
KUANTAN:
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menubuhkan satu jawatankuasa siasatan bagi menyiasat tatakelakuan seorang pegawai perubatan di sebuah fasiliti kesihatan di negeri ini yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh dan tidak profesional terhadap orang awam.

Dalam kenyataan, JKNP memaklumkan pelantikan jawatankuasa itu susulan tiga aduan diterima pihaknya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) pada Rabu dan semalam berhubung individu tersebut.

“Sehubungan itu, satu jawatankuasa siasatan dilantik pada 10 April bagi menyiasat kesahihan aduan tersebut.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut prosedur ditetapkan. JKNP tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut sehingga siasatan disempurnakan bagi menjamin integriti siasatan,” menurut kenyataan itu.

JKNP menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 09 5707836/7835/7847.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.