2 PPS dibuka di Petaling

2 PPS dibuka di Petaling

Dua PPS itu ialah Dewan Kenanga MBSA di Seksyen 28 dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 di Shah Alam.

banjir selangor
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam memindahkan seorang warga emas di rumahnya di Sri Muda, Shah Alam, pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Petaling bagi menempatkan mangsa banjir susulan hujan lebat awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Petaling, Huzunul Khaidil Mohammed, memaklumkan Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 28 menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Lanchong.

“Satu lagi PPS adalah Sekolah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam yang menempatkan mangsa dari Kampung Padang Jawa,” katanya menurut Bernama.

Sementara itu, MBSA memaklumkan laluan Batu 3 lama yang sebelum ini ditutup, sudah dibuka semula atas arahan polis mengawal lalu lintas di lokasi dan keadaan banjir juga menunjukkan tanda-tanda surut serta boleh dilalui kenderaan.

MBSA menasihatkan penduduk sentiasa berhati-hati dan memantau kenaikan air di kawasan masing-masing.

“Patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah ke PPS disediakan.

“Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam boleh hubungi Pasukan PANTAS di talian 03-55105811,” katanya dalam catatan Facebook.

Terdahulu, media melaporkan beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.