Bayi 5 bulan meninggal dunia bawah jagaan pengasuh

Bayi 5 bulan meninggal dunia bawah jagaan pengasuh

Bedah siasat ke atas mayat bayi lelaki itu mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh badannya, menurut polis.

bayi baby
Seorang bayi lelaki didapati tidak sedarkan diri di pusat jagaan di Kangkar Pulai sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
PETALING JAYA:
Seorang bayi berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia bawah jagaan pengasuh di sebuah pusat jagaan di Kangkar Pulai, Iskandar Puteri, semalam.

Ketua Polis Iskandar Puteri M Kumaresan berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 31 tahun pada 4.24 petang.

Katanya, bayi lelaki itu didapati tidak sedarkan diri ketika dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh warga tempatan berusia dalam lingkungan 30an.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital, tambahnya.

“Bedah siasat ke atas mangsa mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa,” katanya, lapor Bernama.

Kumaresan berkata, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan punca kematian masih disiasat.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.