
Ketua Balai Bomba Endau, Mohd Alias Hussin berkata tujuh anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian itu pada 2.37 petang.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian pihaknya mendapati tiga mangsa lemas ketika mandi di Pulau Mawar tetapi seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.
“Seorang lelaki Singapura ditemukan terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke pantai oleh orang awam.
“Seorang lagi mangsa warga India ditemukan pada 4.50 petang kira-kira 300m dari lokasi dia dipercayai lemas,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 6.21 petang.