Shereen rangkul emas acara 400m di Amerika Syarikat

Shereen rangkul emas acara 400m di Amerika Syarikat

Atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat.

Pelari wanita negara Shereen Samson Vallabuoy mengungguli kategori 400m wanita pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 di Florida, Amerika Syarikat. (Gambar Shereen Vallabouy)
KUALA LUMPUR:
Pelari wanita negara Shereen Samson Vallabuoy meraih gelaran pertamanya tahun ini apabila mengungguli kategori 400 meter (m) wanita pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Olahraga Malaysia dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat (s) untuk meraih emas.

Pingat perak dimenangi Gabby Johnson daripada pasukan North Florida dengan catatan masa 55.17s manakala gangsa diraih Nevaeh Lorjuste daripada pasukan Rowan (56.91s).

“Menurut Shereen, 200m pertama agak mencabar disebabkan cuaca berangin dan arah angin berlawanan.

“Namun secara keseluruhan, beliau berasakan sangat baik dari segi teknikal dan berlari dengan penuh kekuatan,” menurut hantaran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.