
Bercakap kepada FMT, Ismail berkata pengagihan dana sumbangan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) itu akan dibuat tidak lama lagi.
Tegasnya, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu kerana perancangan untuk mengagihkannya sedang berjalan selaras pengumuman insentif bertujuan meringankan kelompok pesawah berkenaan.

“Dana sumbangan RM30 juta dari Bernas dan cadangan RM15 juta daripadanya diberikan kepada pesawah sebelum Aidilfitri (tidak dapat dilaksanakan) kerana masa singkat sangat untuk agihan, tetapi masih dalam proses berbuat demikian.
“Sumbangan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) juga dalam proses untuk diagihkan,” katanya kepada FMT.
Semalam, Adun Kota Siputeh Ashraf Mustaqim Badrul Munir mendakwa mendakwa pesawah belum terima ‘sesen pun’ daripada bantuan wang RM15 juta yang menurutnya patut disalurkan menjelang Aidilfitri.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan bertindak segera untuk memastikan bantuan itu disalurkan.
Pada Februari lalu, media melaporkan Bernas akan menyalurkan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.
Kemudian pada bulan sama, media melaporkan RM15 juta daripada RM30 juta itu akan disalurkan kepada pesawah ‘dengan segera’ sebagai persediaan awal Ramadan dan Syawal.