Leman raja lawak sertai PKR

Leman raja lawak sertai PKR

Sulaiman Ibrahim berkata beliau menyertai PKR bagi memperkukuh parti itu di kawasan Tasek Gelugor menjelang PRU16.

Sulaiman Ibrahim berkata penghijrahan dari Amanah ke PKR bukan isu besar kerana perjuangannya masih bersama Pakatan Harapan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali Leman Raja Lawak mengumumkan menyertai PKR.

Sulaiman yang bersama Amanah sebelum ini berkata, beliau menyertai PKR bagi memperkukuhkan parti itu di kawasan Tasek Gelugor menjelang PRU16.

Bekas ketua Amanah Sik itu turut menafikan timbul perselisihan antara pimpinan di semua peringkat.

“(Saya) cuma ingin membantu memperkukuhkan PKR di kawasan Tasek Gelugor memandangkan saya sudah menetap dengan menukar alamat dan tempat mengundi di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, penghijrahannya bukan isu besar kerana perjuangannya masih bersama Pakatan Harapan (PH).

“Menjadi tanggungjawab saya sebagai aktivis parti untuk menguatkan dan menarik sokongan rakyat kepada PH semula bagi merampas serta memberi kemenangan kepada PH menjelang PRU16.

“Saya sentiasa berjuang untuk menguatkan PH hingga ke peringkat akar umbi, walaupun tidak lagi bersama Amanah.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.