
Mereka terdiri daripada 119 keluarga berbanding 91 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dewan Masjid Putra Heights setakat 10 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor, Ghazali Abd Rahman, berkata pihaknya turut membuka dua lagi PPS di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (Dewan Camelia) dan Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia.
Beliau berkata, pembukaan satu lagi PPS bertujuan memberi keselesaan kepada mangsa.
Katanya, 485 mangsa daripada 110 keluarga ditempatkan di dewan Masjid Putra Heights, 44 mangsa daripada lapan keluarga di Dewan Camelia dan tujuh orang daripada sebuah keluarga di Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia.
Menurutnya, lebih 50 anggota APM bertugas bagi menyediakan petugas perubatan dan ambulans di semua PPS.
“APM turut menyediakan lori pengangkut untuk membawa mangsa pulang ke kediaman mengambil dokumen dan barang penting selepas dibenarkan polis.
“Kami turut menggerakkan Pasukan Civil Defence Auxiliary @ CDA seperti CDA Kaunseling dan Psychology First Aid untuk memberi khidmat kaunseling, psikologi dan kerohanian kepada mangsa di PPS,” katanya menurut Harian Metro.