Kebakaran saluran paip gas: 190 rumah, 148 kereta terjejas

Kebakaran saluran paip gas: 190 rumah, 148 kereta terjejas

Kerja-kerja pemadaman kebakaran masih dilakukan dan api hampir padam, setakat 3.40 petang tadi.

Setakat ini 190 unit rumah dan 148 unit kereta dikenalpasti mengalami kerosakan pelbagai akibat kebakaran dan haba panas. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 190 unit rumah, 148 kereta dan 11 motosikal mengalami kerosakan dalam kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pagi tadi.

Bomba Selangor berkata kerja-kerja pemadaman kebakaran masih dilakukan dan api hampir padam, setakat 3.40 petang tadi.

“Setakat ini 190 unit rumah, 148 unit kereta dan 11 unit motosikal dikenalpasti mengalami kerosakan pelbagai akibat kebakaran dan haba panas.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ atau ‘cooling’ kebakaran rumah juga sedang dilakukan,” kata Pengarah Wan Md Razali Wan Ismail dalam kenyataan.

Terdahulu dilaporkan, seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni itu.

Menurut polis, tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Nor Hisham Mohammad, berkata pihak Petronas menjangkakan empat jam diperlukan bagi semua gas asli dilepaskan, api berkurangan dan seterusnya dipadamkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.