Umat Islam sambut Aidilfitri esok

Umat Islam sambut Aidilfitri esok

Pengumuman itu dibuat penyimpan mohor besar raja-raja malam ini.

Pengumuman itu dibuat selepas anak bulan Syawal dicerap petang tadi.
PETALING JAYA:
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan raja-raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada Isnin, 31 Mac 2025,” katanya malam ini.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu dikeluarkan Jabatan Penerangan memetik Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.