
Panel tiga hakim bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2023 yang memihak kepada 167 pemilik unit kondominium Princess Cove.
Pemaju China, R&F Development Sdn Bhd, didapati menangguhkan permohonan hakmilik strata individu dalam tempoh tiga bulan selepas kondominium itu siap.
Mahkamah Rayuan diberitahu, projek itu siap pada 2018 tetapi permohonan strata hanya dikemukakan pada Mac 2020.
Menurut pemaju, mereka telah menunaikan kewajipan mengikut undang-undang memandangkan permohonan itu telah diluluskan pada 6 Dis 2022, dan hak milik individu dikeluarkan pada 6 Jun tahun berikutnya.
Syarikat itu berkata, permohonan hakmilik strata individu telah dikemukakan kepada pejabat tanah pada Jun 2020, dalam tempoh sebulan daripada perakuan pelan cadangan strata, seperti yang dikehendaki.
Bagaimanapun, kata syarikat itu, bukan dalam kawalannya seberapa lama pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan mengambil masa meluluskan dan mengeluarkan hakmilik berasingan, dan tiada had masa diperuntukkan bawah akta untuk hakmilik dikeluarkan.
Panel Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Supang Lian, Alwi Abdul Wahab dan Lim Chong Fong.
NG Vinod dan Jackson Daniel tampil mewakili pemilik unit kondominium, manakala Shereena Kaur Gill dan Josiah Tea mewakili pemaju selaku peguam.