
Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, apa sahaja alasan pihak berkuasa tempatan tersebut tidak boleh sama sekali menghalalkan tindakan keji dan biadab seperti itu.
“Apa erti berpuasa dan beramal di bulan Ramadan sekiranya ia gagal memanusiakan kita serta tidak mempaculkan sikap ihsan dan belas pada yang tidak berkemampuan.
“Ramadan mesti memperteguh sikap kemanusiaan dan meningkat tahap keperibadian,” kata timbalan ketua Pemuda PKR di X.
Kamil berkata, sementara menunggu laporan penuh pihak berkuasa, beliau mengecam tegas tindakan itu dan menggesa siasatan segera dijalankan terhadap mereka yang terlibat.
Terdahulu, tindakan penguat kuasa DBKL terhadap peniaga belon dipercayai tanpa lesen di kawasan itu dikecam warganet.
Insiden tular itu menunjukkan beberapa kumpulan individu ‘bertempur’ dengan penguat kuasa.
Ia tercetus apabila peniaga terbabit dikatakan tidak memberikan kerjasama dengan menghalang tindakan penguat kuasa.
Individu lain dipercayai peniaga yang berada berdekatan turut masuk campur sehingga menyebabkan kekecohan.