Isteri parah terjun pangsapuri lepas bertengkar, suami direman

Isteri parah terjun pangsapuri lepas bertengkar, suami direman

Pasangan itu bertengkar kerana tunggakan sewa rumah tiga bulan dan bil utiliti yang gagal dijelaskan.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata mangsa berusia 35 tahun bertindak nekad terjun dari balkoni rumah dari ketinggian empat tingkat.
PETALING JAYA:
Lelaki direman enam hari bermula hari ini selepas disyaki menjadi punca isterinya terjun dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Cheng, Melaka, semalam.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata suspek berusia 33 tahun ditahan di Balai Polis Batang 3 pada 12.30 tengah hari susulan pertengkaran kerana tunggakan sewa rumah tiga bulan serta bil elektrik, dan air yang gagal dijelaskan.

“Kejadian berlaku sekitar 8 pagi apabila mangsa berusia 35 tahun dikatakan bertindak nekad terjun dari balkoni rumah selepas bertengkar dengan suaminya.

“Panggilan kecemasan diterima pada 8.55 pagi daripada seorang jiran yang terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat mangsa terbaring berlumuran darah di bawah pangsapuri,” katanya menurut Kosmo.

Mangsa yang parah kini dirawat di hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Kami sedang mengesan saksi kejadian untuk membantu siasatan, suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.