Gempa Myanmar: 1,002 maut, 2,376 cedera

Gempa Myanmar: 1,002 maut, 2,376 cedera

Gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu pada Jumaat.

myanmar
Banyak bangunan mengalami kerosakan akibat gempa bumi di Myanmar dan operasi menyelamat giat dijalankan. (Gambar AP)
MYANMAR:
Seramai 1,002 terbunuh, 2,376 cedera, dan 30 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar setakat Sabtu, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.

Gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu pada Jumaat, menurut pasukan penerangan berkenaan.

Laporan rasmi menyatakan gempa bumi itu menyebabkan kegagalan sistem bekalan elektrik.

Rangkaian telekomunikasi juga tidak berfungsi dengan lancar dan beberapa kawasan di Yangon tidak mempunyai isyarat telefon bimbit.

Banyak bangunan mengalami kerosakan dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.