Bomba temu mayat lelaki tersepit dalam longkang

Bomba temu mayat lelaki tersepit dalam longkang

Identiti mayat belum dapat dikenal pasti.

Bomba Perak berkata, mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian dengan mayat diserahkan kepada polis.
IPOH:
Mayat lelaki tidak dapat dikenal pasti identitinya ditemukan tersepit dalam longkang di Lebuh Bercham Timur, Pusat Bandar Baru Bercham, dekat Ipoh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.50 tengah hari tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Tambun digegaskan ke lokasi kejadian.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata, mayat berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.42 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.