Budak 4 tahun autisme hilang di Baling

Budak 4 tahun autisme hilang di Baling

Kanak-kanak lelaki itu juga mengalami masalah lembam dan kelewatan bercakap hilang tengah hari tadi di kuarters.

Ketua Polis Baling
Ketua Polis Baling Mohd Azmi Othman, berkata pihak berkuasa khuatir kanak-kanak itu ke tepi sungai, yang jaraknya 50m dari rumahnya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kanak-kanak empat tahun dibimbangi hilang di Kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran Kampung Landak Paya, Baling, tengah hari tadi.

Ketua Polis Baling Mohd Azmi Othman, berkata kanak-kanak itu mempunyai masalah lembam, kelewatan bercakap, dan autisme turut dikhuatiri pergi ke tepi sungai, yang jaraknya 50m dari rumahnya.

Beliau berkata, datuk kanak-kanak tersebut dikatakan menyedari ketiadaannya di dalam rumah, lalu bertanyakan kepada ibu mangsa.

“Mereka terus mencari di kawasan sekeliling rumah termasuk kawasan sungai yang jaraknya kira-kira 50m di hadapan rumah,” katanya menurut Kosmo.

Azmi berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah itu, kanak-kanak berkenaan didapati keluar dari arah belakang menuju ke pagar, seterusnya keluar di sebelah kanan rumah.

Usaha pencarian kini dilakukan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pasukan bomba sukarela, dan penduduk kampung.

“Pencarian dilakukan di sekeliling rumah iaitu pada jarak 100m dan seterusnya sehingga 200m dari rumah.”

Beliau berkata, walaupun pagar rumah pam Skim Pengairan Kampung Landak Paya tertutup, namun polis khuatir kanak-kanak itu boleh ke sungai kerana selepas rumah pam itu sudah tiada berpagar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.