
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban, berkata pegawai itu diberkas pada 12 tengah hari semalam.
“Bertindak atas maklumat awam dan pemantauan Unit Integriti Imigresen KLIA, pemeriksaan ke atas pegawai terbabit menemui sembilan pasport Pakistan dan dua pasport Sri Lanka tersimpan dalam ‘sweater’ (baju sejuk)
yang dipakai,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, pegawai berkenaan diserahkan ke Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Ibu Pejabat untuk disiasat bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.
Zakarian menegaskan tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pegawainya melakukan pelanggaran integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah.
“Tindakan dan hukuman berat akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk tindakan buang kerja jika pegawai terbukti bersalah.”