
“Kem terpilih tahun ini ialah Kem Lok Kawi, Pangkalan Tentera Laut Kota Kinabalu, Kem Kabota dan Kem Paradise di Sabah serta Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.
“Setiap kem menerima RM100,000 bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, kerana saya percaya setiap kem sudah mengenal pasti apa yang mereka kehendaki,” katanya pada Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2024.
Khaled berkata program itu menzahirkan komitmen LTAT dan syarikat kumpulan dalam meningkatkan kesejahteraan di kem terpilih, manakala kem lain akan dipilih pada tahun hadapan.
Terdahulu, LTAT mengumumkan kadar dividen 5% dan bonus 0.25% bagi tahun 2024 yang merupakan tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.
Jumlah agihan itu melibatkan RM514.20 juta, meningkat berbanding RM485.08 juta yang dibayar pada 2023, menjadikannya jumlah agihan dividen tertinggi LTAT dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini dan agihan itu memberi manfaat kepada 125,014 pencarum terdiri daripada anggota ATM.