
Perkara itu ditulis oleh seorang penceramah bebas, Firdaus Wong, di Facebook hari ini. Catatan tersebut memaparkan suatu notis dan berkata individu berkenaan diarah hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 8 malam hari ini.
“Saya tidak pasti untuk apa tetapi jikalau terdapat mana-mana peguam yang berkelapangan untuk membantu, sila hubungi Tamrim…” katanya.
Menurut notis tersebut, individu berkenaan untuk siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
Kumpulan tersebut, Rumah Ibadat Haram Dibina Dimana hari ini?, menyeru ahlinya membuat tindakan yang betul apabila melihat binaan rumah ibadat yang didakwa haram di kawasan mereka.
Ia meminta ahli dapatkan koordinat dan gambar binaan tersebut, dan semak melalui aplikasi MyLOT untuk sahkan lot bernombor atau tiada.
“Adukan melalui aplikasi Respons Rakyat atau terus ke portal Sistem Pengurusan Aduan Awam.
“Muat naik gambar laporan di komen dengan tanda pagar #1hari1report untuk rujukan,” menurut gambar header kumpulan itu.