Pakaian seragam sekolah perlu semat lencana Jalur Gemilang

Pakaian seragam sekolah perlu semat lencana Jalur Gemilang

Arahan kuat kuasa itu bermula 21 April ini bagi mengingatkan murid kepentingan perpaduan dilambangkan melalui elemen-elemen dalam bendera.

baju sekolah
Kementerian Pendidikan memaparkan cara penggayaan lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah.
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan akan menguatkuasakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar bagi memupuk perpaduan antara murid pelbagai kaum, budaya, dan latar belakang.

Dalam surat pekeliling ikhtisas (SPI), perkara itu telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 14 Feb dan akan dikuatkuasa bermula 21 April ini.

Katanya, pihak kementerian berperanan penting dalam menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan pendidik.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang perlu disemat pada sebelah kanan baju seragam melibatkan pelajar sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi, dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia.

“Sebagai negara yang berbilang bangsa, penggunaan lencana ini mengingatkan murid tentang kepentingan memupuk perpaduan yang dilambangkan melalui elemen-elemen dalam bendera.

“Lencana ini bukan hanya sekadar hiasan, tetapi simbol penting yang perlu dihormati,” katanya.

Katanya, lencana Jalur Gemilang harus dipakai dengan kemas, bersih, dan tidak rosak.

“Lencana Jalur Gemilang yang telah pudar atau rosak perlu diganti dengan lencana yang baharu. Hal ini bagi memastikan lencana Jalur Gemilang dipertahankan dalam keadaan baik.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.