
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani memaklumkan, semua mangsa daripada 116 keluarga, berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah terjejas iaitu Batu Pahat dan Pontian.
“Daerah Batu Pahat mencatatkan 364 mangsa daripada 107 keluarga, sementara Pontian pula merekodkan 41 orang daripada sembilan keluarga.
“Lima PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya dan SK Sinaran Tampok, Pontian; serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, SK Sri Comel dan Dewan Orang Ramai Tongkak Pechah di Batu Pahat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keadaan cuaca di kesemua 10 daerah di negeri itu dijangka cerah pada pagi ini.