
Sebaliknya, Ketua Penerangan Pemuda Neow Choo Seong berkata ia peluang terbaik untuk ahli MCA memperkukuh jati diri dan memperbaharui perjuangan, serta menarik bakat baharu.
“MCA perlu terus mendekati akar umbi dan mendengar aspirasi rakyat, selain perlu berani membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik,” katanya kepada FMT.
Leong Kim Soon dilaporkan menyertai Bersatu semalam, dan dilantik sebagai ketua sayap bersekutu Bersatu Bentong dan Pahang. Leong turut dilapor menyerahkan kira-kira 100 permohonan keahlian.
Ketua sayap bersekutu Bersatu, Chong Fat Full, beritahu FMT keputusan Leong menyertai parti itu mencerminkan kerelevanan MCA yang semakin pudar sebagai komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional.
Neow menjawab keputusan segelintir orang ‘memilih jalan lain’ tidak mampu menjejaskan MCA, sebagai sebuah pergerakan dengan sejarah perjuangan yang panjang.
“Sebagai barisan pelapis, Pemuda MCA sedang berusaha ke arah melakukan transformasi menyeluruh yang merangkumi kepimpinan muda, pendekatan digital, dan dasar progresif,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Chong Sin Woon meluahkan rasa kecewa terhadap Leong.
“Amat kecewa terhadap tindakan Leong,” kata Chong yang juga pengerusi MCA Pahang, tanpa ulasan lanjut.