Hans Isaac kembali ke Finas

Hans Isaac kembali ke Finas

Hans Isaac menggantikan Kamil Othman, yang tamat perkhidmatan pada 22 Feb.

hans isaac
Hans Isaac pernah menjadi pengerusi Finas dari 2019 hingga 2020.
PETALING JAYA:
Pelakon terkenal, Hans Isaac, kembali menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Finas mengumumkan Gerald Hans Isaac, 54, dilantik sebagai pengerusi berkuatkuasa hari ini. Beliau menggantikan Kamil Othman yang menamatkan perkhidmatan pada 22 Feb.

Isaac pernah menjadi pengerusi Finas dari 2019 hingga 2020.

Beliau pertama kali muncul sebagai pelakon pada 1995, dan terlibat pelbagai filem dan siri TV sehingga bersara pada 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.