Rugi lebih RM2 juta terpedaya skim pelaburan tak wujud

Rugi lebih RM2 juta terpedaya skim pelaburan tak wujud

Mangsa berusia 52 tahun itu diminta membuat sembilan transaksi pembayaran, berjumlah RM2.08 juta, ke sembilan akaun bank berbeza.

whatsapp
Mangsa menyertai skim pelaburan itu pada Ogos lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang ditadbir individu bernama Charles, kata polis.
PETALING JAYA:
Seorang pengurus syarikat rugi lebih RM2 juta akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 52 tahun itu menyertai skim pelaburan itu pada Ogos lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang ditadbir individu bernama Charles.

Katanya, sebagai modal pelaburan, mangsa diminta membuat sembilan transaksi pembayaran, berjumlah RM2.08 juta, ke sembilan akaun bank berbeza

“Mangsa tampil membuat laporan polis selepas mula menyedari ditipu apabila diminta membuat pelbagai bayaran tambahan sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan,” katanya, lapor Bernama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.