
Menteri Armizan Mohd Ali berkata program itu dilaksanakan di seluruh negara.
“Sekarang penjualannya adalah 723 PJRM sebab itulah…pada minggu terakhir ini saya sebut kita akan tambah lagi PJRM Aidilfitri,” katanya dalam sidang media selepas program Ihya Ramadan dan perhimpunan bulanan di KPDN.
Armizan berkata, PJRM Aidilfitri berlangsung dari 17 hingga 30 Mac membabitkan kadar potongan 10% hingga 30%.
“Kita telah mendapat sambutan yang baik, jadi kita mengatur lebih banyak siri PJRM Aidilfitri khususnya di kawasan golongan sasar kita tambah lebih lagi kekerapan,” katanya.
Beliau berkata, walaupun pihaknya menggunakan perkhidmatan vendor dan pasar raya untuk melaksanakan PJRM Aidilfitri, pegawai KPDN tetap akan ditugaskan sepanjang program berlangsung.
“Mereka perlu pantau stok yang masuk dan di akhir tutupnya PJRM pun perlu dibuat pengesahan, untuk pastikan subsidi berdasarkan penjualan.
“Bagaimanapun, kekangan kita dari segi kakitangan yang akan bertugas, saya minta kementerian kaedah, walaupun pegawai kita sibuk siapkan persiapan Aidilfitri, dengan amal ini, kakitangan kita akan dapat keberkatan sebab kita membantu rakyat,” katanya.