
Ketua Polis Jeli Kamarulzaman Harun berkata, dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu pelajar berusia 15 hingga 16 tahun itu dipercayai mengubah suai mercun dengan memasukkan belerang ke dalam sebuah botol bersama batu kerikil.
“Akibat tindakan itu, mangsa mengalami kecederaan dan melecur di beberapa bahagian badan. Seorang daripadanya yang berusia 16 tahun putus jari tangan sebelah kiri.
“Semua mangsa sedang menerima rawatan di Bahagian Kecemasan Hospital Jeli,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa memantau aktiviti anak dalam menyambut perayaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.