Kerajaan pusat salur bantuan raya RM500 kepada penjawat awam Terengganu

Kerajaan pusat salur bantuan raya RM500 kepada penjawat awam Terengganu

Seramai 14,000 kakitangan kerajaan negeri akan menerima manfaat.

dr samsuri dan pmx anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim melakukan lawatan kerja ke Terengganu bertemu Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kerajaan persekutuan bersetuju membiayai bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam kerajaan Terengganu.

Kementerian Kewangan berkata, bantuan RM500 berkenaan akan memanfaatkan lebih 14,000 penjawat awam negeri dan akan disalur sebelum Aidilfitri.

“Kerajaan Madani kekal komited dengan prinsip kesaksamaan dan pendekatan yang manusiawi agar kemakmuran negara dapat dirasai secara bersama,” katanya menurut kenyataan.

Katanya, bantuan berkenaan lanjutan lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Terengganu pada 21 Mac.

Kementerian berharap sumbangan itu membawa sedikit kegembiraan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Samsuri, naib presiden PAS, dan Anwar bertemu dalamm Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri pada Jumaat lalu, yang turut dihadiri antaranya Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.