
Kawasan terlibat adalah Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang, dan Kulai.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata ia melibatkan peruntukan RM560,000 dengan 500 lokasi daripada jumlah itu terletak di daerah Johor Bahru.
“Kerja-kerja pembaikan bermula tengah malam tadi dan bergantung pada keadaan cuaca yang baik bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya menurut Bernama selepas meninjau jalan rosak di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru.
Beliau berharap keadaan cuaca baik bagi memastikan kerja pembaikan berjalan lancar dan mengikut tempoh ditetapkan.
Sementara itu, katanya, kerja pembaikan penghubung jambatan di Kampung Felda Air Tawar 1 yang runtuh dan kerosakan struktur jambatan Sungai Layau di daerah Kota Tinggi akan mula dilakukan setelah langkah penyelesaian dikenal pasti Jabatan Kerja Raya (JKR).